Monday, August 31, 2009

Gerak Gempur Bina Jumlah siri 6

Assalamualaikum buat semua pengunjung budiman istimewa para calon peperiksaan PMR dan SPM ...

siri latihtubi gerak gempur bahasa arab tinggi kali ini kita teruskan dengan kemahiran membina jumlah mufidah dari ungkapan yang diberi. Seperti sebelum ini, kaedah ini ustaz ubah suai dari kaedah asal format SPM bagi membolehkan semua calon menjawabnya dalam blog ini.
Calon hanya perlu kilik pada ulasan dan jawab seperti berikut ;
1.a, 2.b, 3.c dan seterusnya ...



حماية الوطن
( pertahan tanahair )
الوفاء بالوعد
( Menepati janji )
النشاط المدرسي
( Aktiviti sekolah )
فوزا عظيما
( Kemenangan besar )
ساحت البيت
( laman rumah )
selamat mencuba...
Gemilang BAT bersama arab2u.blogspot.com

Saturday, August 29, 2009

ayam oh ayam!!

Assalamualaikum buat semua ...

Ramadhan di tempat kita ni memang best. mana2 pun meriah. Rezekilah pada para peniaga samada yang dah lama berniaga atau baru kali ni lah nak mula berniaga. Benarlah sabda nabi ... "awal ramadhan itu rahmat"
Apa idaknya nilah masa mereka meraih keuntungan berganda. Asalkan saja ADA KEMAHUAN untuk mencari rezeki atau untung. ( yang TAK MAHU tu... suruh apa pun banyak alasan kan!! ) . Kita pengguna ni tumpang mudah je. Pegi bazaar , tunjuk itu ini, balik makan. Mudah, simple. Tak yah nak payah2 masak bebagai kat umah.


gambar hiasan .. bazaar ramadhan


Satu petang, ustaz ke bazar ramadhan sg besar. Mudahkan citer ustaz belikan seekor ayam golek untuk berbuka pusa. harga seekor RM16. hmm... boleh tahan. Tu satu item saja! untuk sekali makan je pulak tu! Bayangkan kalau 2, 3 barangan sekali beli.

Memang betul orang kata.. zaman dah berubah, segalanya berubah. Sapa2 yang pemikiran tak nak berubah... jawabnya nahas!!! Tak lama dulu seekor ayam macam tu boleh dapat RM10 je. Bayangkan zaman anak2 nanti berkeluarga. Berapa agaknya harga seekor yam tu ya?

Apa yang menarik .. balik nak makan ayam tu masa berbuka... tak boleh nak makan. Apa sebab????? hmm... dah tak elok. mungkin ayam semalamnya tak habis, masih terus dijual! Alhamdulillah ustaz ada beli sup campur RM5 masa tu. dapatlah kami teruskan berbuka ngan sup tu. Akhirnya ayam tu kami buang saja.


Hmm.. tu lah bila tiada EHSAN dalam diri. buat benda ikut suka. kira nak untung dunia tak pikir mati dan akhirat! Walhal berniaga ni ibadah. besar pahalanya bila kita bantu memenuhi keperluan orang lain . tambahan pulak bulan ramadhan ni kan. Dia fikir tak da sapa tahu. tak da sapa2 nampak!!!


Esoknya, kami pegi pasar, beli seekor ayam. ustaz masak nasi ayam untuk berbuka pusa. Seekor cuma rm15 je. boleh makan sampai sahur untuk satu keluarga! berbaloi rasanya. hati pun puas dan tak da rasa sakit hati orang tipu tu ...


mama pulak buat pengat pisang kegemaran ustaz dan tauhu sumbat.


Esok lusanya kami buat pulak chiken chop. sebenarnya saja nak mencuba sendiri. jadi tak jadi tu no 5 yang penting kita dah berjaya mencubanya kan... biasanya makan di kedai tu sorang rm12 tau. hmm.. bayangkan ayam ust beli rm15 tu kan, kentang rm2 sekilo utk buat kentang putar , kentang goreng rm 4, bila buat dapat 6 set !!! . Baoleh bayangkan berapa jimat sebenarnya kan!! tapi bawah ni gambar hiasan jer sebab maklumlah yang kami punya tu kan baru nak belajar ... malu pulak nak tunjuk kat sini.... ek.eke.ke.ke


yang ni pulak satu lagi menu yang kami buat sendiri kat umah. rasanya kalau beli set di mana2 restoran yang menyediakannya ... tak kurang rm15 sekepala. Haa... nilah steambot!!! ustaz beli bebola222 tu baru abis rm13 je. tu pun pakai suku plastik untuk hidangan skeluarga. sotong udang kalau kira betul2 yg kami pakai untuk buat steambot ni saja +- rm4 lah.. hmm boleh bayangkanlah ...

pesan ustaz macam selaluuuu tu.... belajarlah masak sendiri. berbaloi!!! he.he.
cuma bazaar ramadhan tu ... memang susah nak tinggallah dalam bulan posa ni. mesti pegi juga .... sebabnya???? ustaz dah belajar di mesir, dah sampai saudi, dah singgah di england ... tak da bazaar macam tempat kita niiii .. betuulll !!!!


Ramadhan ...
bulan kerahmatan
bulan keampunan
bulan digandakan pahala ibadah dan amalan
amalan kebaikan digandakan !!
amalan buruk dan kejahatan ???
........................................

Nuzul Quran?


Salam Ramadhan buat para pengunjung ....
INGATAN BUAT SEMUA .



1. Alif, Laam, Miim, Saad.
2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang Yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang Yang beriman.
3. (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan". ( al a’raaf )


# Apakah kita benar2 telah mendapat bimbingan dan pimpinan al Quran? mendapat rahmatnya ? Mungkinkah kita antara golongan yang mendapat syafaatnya di akhirat kelak? Atau kita akan dilupannya?


# Sudahkah dimulakan usaha untuk cuba memahami seterusnya beramal dan menghayatinya ? Berapa juzuk telah kita membacanya? 1, 2, 3 atau masih belum mula lagi ?

## Ya Allah .. moga ramadhan ini , Al Quran menjadi teman karibku dan semoga kau sentiasa dekat hatiku kepadanya ...





Thursday, August 27, 2009

Nota Balaghah Tg4 Majaz Mursal

Siri nota balaghah Bahasa Arab Tinggi SPM kita teruskan dengan paparan tajuk Majaz Mursal .

Arahan soalan dibawah menghendaki calon mengeluarkan kalimah yang membawa maksud majaz mursal dan menerangkan alaqahnya ( علاقته ) . Setiap satu jawapan akan menyumbang markah. Kegagalan calon menjawab kedua2 nya akan menyebabkan pemotongan markah kelak.

استخرجْ المجاز المرسل مع بيان علاقته

Perhatikan maksud sebenar yang dikehendaki oleh majaz mursal di atas
Huraian lanjut ;

Dalam contoh 1 - " Racun telah dikebumikan di kubur "
perkataan racun tidak membawa makna sebenar dalam ayat ini kerana maksud sebenar adalah mayat yang mati disebabkan racun. Jadi alaqah atau hubungkait antara kedua perkataan ini adalah sebab atau punca kerana racun menjadi penyebab kematian tersebut. kalimah majaz di sini ialah racun

Dalam contoh 3 - " Berapa ramai ramai kami telah hantar bala tentera dan mata-mata "
Perkataan mata di sini tidak memberi maksud mata sebenar(pancaindera kita) tetapi yang dimaksud kan ialah penyiasat yang menggunakan mata mereka untuk menyiasat. Apa perkaitan mata dan penyiasat? mata itu sendiri adalah satu juzuk atau sebahagian dari keseluruhan diri penyiasat tersebut. Jadi alaqah disini dinamakan juziyyah atau sebahagian


Lihat contoh seterusnya




Antara arahan soalan yang lain adalah seperti berikut ;

بيّن علاقة المجاز المرسل فيما تحته خط مما يأتِي
وضّح علاقات المجاز المرسل في الكلمات التي تحتها خط فيما يأتي
Jelaskan alaqah majaz mursal pada perkataan yang bergaris


عيّن علاقة المجاز المرسل فيما تحته خط مما يأتِي
Tentukan alaqah majaz mursal pada perkataan yang bergaris
Diharapkan kepada semua calon bahasa arab tinggi SPM 2009 dapat mengambil sepenuhnya manfaat dari paparan ini.

BAT terus gemilang bersama ; arab2u.blogspot.com

lapar abah!!

Salam Ramadhan ... buat semua pengunjung.

Betullah kata pepetah .. penantian itu satu penyeksaan . Bila melihat gelagat anak2 berposa teringat ustaz zaman kita cam dia orang ni. Tahun ni adalah tahun pertama bagi abang Chik ( Ibrahim Adham ) iaitu anak ke 3 berposa. Maklumlah dah masuk 6 tahun kenalah ajar benda2 ni. Tak di ajar susahlah esok lusa ..

Alhamdulillah hari pertama posa tempohari , berjaya gak pujuk dia bersahur sama2. Maka berposalah dia bersama kami semua. Tapi nama pun budak .. masuk je tengahri dah mila meragam dan merengek mak itu nak ini. macam2 kami pujuk tapi tak menjadi nak bagi dia tutup mulut atau diam. " Abah... haus, lapaaaar " " nak air abahhh " haa.. tu zikir dia setengah hari suntuk. Puas tengok cartoon di Astro , bagi dia main game . tak menjadi gak.




puas main game .. suruh pulak dia tidoor ngan yang lain . Tidor tak boleh .... umpan dia susu dutch lady depan mata. Syaratnya minum masa buka sama2 abah ummi dan lain2 nya. Tak cukup tu, tayangkan gambar orang kebulur di afrika dalam komputer . " ha nah tengokkk!!! sian tak orang tak cukup makan "




" Posa ni ajar kita sabar, tahan susah macam orang2 yang susah kat luar sana " ujar ustaz lagi. "Bolehh sabar tak abang chik ? " soal ustaz lagi . "bolehhh " jawabnya sambil menangis. "Nanti balik umah atuk kat banting baru buka poasa ya ! " Nanti abah belikan macam2 kat bazaar ramadhan ya ! " pujuk ustaz lagi . Akhirnya bertolak lah kami balik ke Bukit Changgang di banting tu dengan melayan macam2 kerenah anak2 yang berposa. sabar je lah..


Tiba di kampung terus ke bazaar ramadhan yang sememangnya amat meriah di kampung tu. Maklumlah ... kampung ustaz tu berkumpulnya orang dari serata negeri untuk bekerja di KLIA. Tengok muka abak2 yang dah tak berapa nak senyum tu , sepantas kilat terus kami menuju ke bazaar ramadhan. Tengok tu nak, tengok ni nak jugak. Belilah semua sikit2 sebab nak memujuk anak2 ni.

Tapi bestnya ... bila abang Chik dapat je air .. terus masuk mulut!!!! " Allahu akbar .. abang chik napa dah minum air tu .. kan tinggal 15 minit lagi nak buka posa ? " . Selamba jawabnya " tak tahan dah abahhh " . Singgah tepi stall wak omar dia ( kembar ustaz) terus minum abih.

Hmm .. tu lah anak2. Kita orang tua ni kena pandai2 layan kerenah mereka. Yang penting ilmu keibubapaan zaman ni dah jauh berbeza seprtimana zaman ustaz dibesarkan dulu. Walau apaun melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dah jadi buluh tua kelak ... buat lemang je jawabnya!!!




dengan wajah kepuasan anak2 ber posing ngan " jajan" mereka

Alhamduluillah masuk hari keenam hari ni .. abang chik dah boleh terima hakikat dia kena posa, kena tahan makan minum dari terbit fajar hingga ke terbenamnya matahari bersama semua ahli keluarga. Moga semua menjadi anak soleh dan solehah .. amiin.


## dulu masa kecik2 ustaz diajar ; "tak larat tak pe, makan jer. esok sambung lagi . hari ni setengah hari , esok setengah hari lagi. kumpul2 dapatlah banyak jugak posanya" he.he. masih terngiang2 lagi ungkapan tu di telinga ustaz hingga saat ini.


Pengalaman mengajar kita

Salam Ramadhan kariim buat semua . Semoga hikam wal amsal berikut memberikan kita peringatan dan pengajaran.

Pengajaran ;
1. Kita tidak akan mengetahui dan merasai sesuatu melainkan setelah kita sendiri mengalami dan melalui pengalaman tersebut. Sedarkah kita betapa siksanya hidup melarat? Hidup meminta2 atau mengharap belas kasihan orang meskipun untuk sekadar sesuap nasi ? Mungkin kita tidak sedar .... sebab selama ini kita hidup dengan kesenangan dan kemanjaan! Tahukah kita azabnya hidup tanpa kasih sayang dan perhatian dari orang lain? Hidup yang dikelilingi cemuhan dan cacian? Hidup dengan rasa kegagalan dan penyesalan ? Mungkin kita juga tidak tahu... sebab tak pernah merasainya sendiri . Justeru itu ... belajarlah memahami perasaan orang lain @ empati supaya kita tahu untuk menghargai mereka meskipun bukan saudara mara kita atau jiran kita atau kenalan kita. Atau mungkin mereka tidak setinggi mana kelulusannya seperti kita ....... kerana setiap dari kita ada tugas dan peranan masing2 dan sesungguhnya tiap sesuatu tu tidak dijadikan Allah dengan sia-sia. Atau mungkin satu saat kelak kita berada dalam kedudukan mereka hari ini.

Kepada yang berharta, berbaktilah dengan hartanya dibulan mulia ini kepada mereka yang memerlukannya ; yang berilmu curahkanlah ilmu pada semua, moga ia berguna di alam sana!

2. Hendaklah kita bersungguh2 untuk mencapai kejayaan ( dalam segala perkara dan amalan ). Allah dan Nabi sangat sayang pada hambaNya yang gigih berusaha . Gunakan segala potensi dan kelebihan diri untuk mencari redha Ilahi .

Wednesday, August 26, 2009

Belajar dari AYAM TUA


Kalau Hati Baik , Wajah Sentiasa Cantik.

Belajar dari ‘ayam’ tua.“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.“Mengapa? Teruji sangatkah?” “Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”“Kau menjaga pandangan?” “Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.” “Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.” “Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri.

Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.” Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allahlah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”“Amin.”Saya termenung memikirkan ‘masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. “Apa guna, kita dah tua.” “Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” “Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.“Tak berani poligami?”Dia menggeleng kepala.“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.“Ramai…”Memang saya lihat pada usia awal 40′an dia tambah segak dan bergaya.“Habis kenapa?”Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar.

Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.” Kau sudah berterus terang dengannya?” “Tentang apa tentang poligami?” “Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”“Aku takut melukakannya.” “Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.Dia faham maksud saya.“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”“Lagi?” “Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa…

Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah? Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.“Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.“Kita tak berhias?”“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.“Salah bagaimana?” “Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!” “Dalam makna kata-kata kau tu…” “Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.” “Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.” “Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”


"hmm .. memang betul, ayam tua tetap anggun jika terus menjaga diri"

“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”“Kasih ke kasihan?” saya menguji.“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”“Maksud kau?”“Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”Saya diam.“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50′an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.” “Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti imam Safie …pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat… Sayangnya, bukan ‘tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali



Artikel dari blog rakan .. http://alongpunyablog.blogspot.com/2009/07/belajar-dari-ayam-tua.html




Nilai dan iktibar di bulan Ramadhan :



1. belajarlah untuk berterus terang @asertif kerana ia cara terbaik meluahkan isi hati


2.bersyukur dan redha dengan apa yang ada nescaya akan mendapat ketenangan dariNya


3. Jalan pintas untuk menyelesai masalah bisa membawa kepada bertambah2nya masalah


4. Hati yang bersih dan tenang bisa diraih dengan zikir setiap masa meskipun sekadar ucapan basmalah dan istighfar.



# ustaz masih belajar dan terus belajar untuk lebih memahami "Kekasih Hati"

Tuesday, August 25, 2009

kuiz mujam kalimah siri 6

Salam Ramadhan buat semua para pengunjung. Kita teruskan latih tubi mu'jam kalimah dengan siri yang ke-6 bagi kata nama ( اسم ) . Seperti biasa, pengunjung hanya perlu klik pada ulasan dan terus jawab dalam bahasa malaysia . Selamat meneka !!!

Kepada semua calon BahasaArab PMR dan BahasaArab Tinggi SPM .. diharap dapat menggunakan ruang dan peluang ini utk menguasai seberapa banyak sarwah al lughawiyah sebagai persediaan menghadapi exam akan datang. InsyaAllah selesai PMR, ustaz akan keluarkan pula kalimah2 untuk SPM bagi latihan para calon.

Moga terus cemerlang bersama arab2u.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

Sesuatu yang pelik ( شــــي غريــــب )


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

شــــي غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang besar nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).Dan amatlah kecil nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan).


شــــي غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة
في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت
Sesuatu yang pelik,Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya.Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.


شــــي غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل
قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an.Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka?


شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل
عن ما يقوله القرآن الكريم ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar.Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an?


شــــي غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة
في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟
Sesuatu yang pelik, Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita.Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?


شــــي غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة
عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid,akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?


شــــي غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي
في أية لعبة أوحفلة ولكنهم يتزاحمون للجلوس
في مؤخرة المسجد ؟
Sesuatu yg pelik Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan,tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?

شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ
آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an,sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?

اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك
Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan,
esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan,
maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.

Moga bermanfaat.

Artikel dipetik dari blog rakan Yahya A.Shukor

http://qinsani.blogspot.com/2009/08/sesuatu-yang-pelik.html#comment-form

nota Balaghah tg4 istia'rah

Alhamdulillah kita teruskan bahagian balaghah dalam Bahasa Arab Tinggi ini dengan tajuk Isti'arah




Dalam latihan di bawah ini ... arahan soalan berbunyi ;
tentukan atau jelaskan jenis isti'arah pada ayat berikut .




Kepada calon SPM ; moga bahan ini dapat membantu kalian untuk lebih memahami tajuk ini. Salam Ramadhan buat semua..



## post ini telah melalui penambaikan . Diharap visual lebih baik dan memuaskan untuk tatapan para pelajar

Saturday, August 22, 2009

MAMA BEBAS AKHIRNYA

MAMA VS WARDEN ? hmm ... dua perkataan yang tak dapat dipisahkan selama bertugas sebagai pendidik. Semenjak beralih ke Ldatu pada 1996 .. tugas sebagai wardeng adalah antara tugas besar yang perlu dipikul dan tak dapat dielak. Ntahlah .. mungkin wataknya yang boleh BERUBAH2 ( BEN 10 he.he. ) pentadbir nampak sesuai kot jadi warden tu !!!! Ustaz sendri pun pernah jadi warden dan ketua warden masa di LDtu tapi bila memikirkan komitmen utk family tak boleh diabaikan terpaksa ustaz berkeras menolaknya di intersaber. Dua2 warden ... jem lah benda2 kat umah tu kan!!

Alhamdulillah .. setelah sekian lama mama memikul tugas dan tanggungjawab sebagai wrden aspuri dengan kehendak Allah .. mama dapat berehat juga akhirnya setelah kehadiran guru baru ke Intersaber iaitu cikgu INAYAH dari Kajang ( option subjek Fizik ) . Tahniah, syabas pada cikgu Inayah kerana sikap sukarelawannya mahu menjadi warden. Tak semua orang baru sanggup memikul beban tugas ni. " insan terpilih" saja sanggup berbuat begitu.

Satu ; BEBAN KERJA bertambah dari yang sepatutnya.
Ke 2; ELAUN yang diterima manalah sepadan berbanding dengan sakit pala mengurus bebudak di asrama ... memang tak berbaloi! Apatah lagi warden yang duk dalam asrama sepenuh masa!!!!! Tak caya ??? tanyalah cikgu Hasfarina, teacher Huda atau sapa2 yang pernah merasainya seperti cikgu aja, teacher Norin, Cikgu Yati ! samalah gak ngan warden laki2 . Fuhhh .. semua rasa LEGAAAAA bila terlepas beban warden.
ke 3 ; KEBEBASAN ?? hilang sama sekali. Nak pegi mana ? Confirm pikir 4 kali sebab mengenang anak2 kesayangan di asrama. Jadi apa2 pun kena tengok jadual bertugas dulu, walaupun hari minggu .
ke4 TANGGUNGJAWAB . Ni yang paling besarnya . Apa2 hal warden kena dan perlu bertanggungjawab. Maklumlah bila duk ramai2 kat asrama tu .. apa2 boleh jadi. Yang baik berubah jadi tak baik, yang tak baik berubah jadi baik . Wardenlah antara insan yang paling besar peranannya untuk didik mereka semua.

Bagi ustaz dan mama sendiri ... kami menang seronok jadi warden. Antaranya dapat rapat ngan bebudak semua. Apa2 hal .. ngan kitalah mereka mengadu. Bila dah ada anak sendiri ... lagilah rasa dan sifat keibubapaan makin menebal. Tu menjadikan kami LEBIH INSAF. Apa2 pun nak buat pada dia orang fikir anak sendiri dulu. cuma YANG PALING PENTING dalam kerjaya "kewardenan " ni adalah rasa keikhlasan kita untuk menabur bakti dan sumbangan. Barulah kepuasan bekerja akan terjelma. Kalau idak .. semua tu menjadi beban atau macam2 perkara boleh berlaku. Bagi kami .. bila anak2 sendiri dah semakin besar, perlulah kita beri tumpuan dan perhatian pada mereka pula. Ya lah .. anak2 ni buka sekadar bagi makan minum supaya membesar dengan sihat tapi AKHLAK, BUDI PEKERTI, PENCAPAIAN PELAJARAN semua nya perlu diperhatikan dengan sungguh2 . Anak2 ni membesar sekali aje kan? Kalau kita mak ayah SIBUKKK memanjang ... terabailah mereka dari KASIH SAYANG kita . Mana nak cari ganti???? Jadi bukan ustaz nak larang mama terus menjadi warden tu cuma dah sampai masa fikirkan dan beri tumpuan pada keluarga sendiri. Lagipun bila dah ada baby Sumayyah komitmen sebagai warden memang tak dapat mama berikan 100%. Terima kasih pada adik2 warden yang banyak membantu dan men"cover" tugas mama selama ni. Jazakallah khairul jazak!! Di samping tu .. bolehlah beri peluang pada orang2 baru untuk mencuba keseronokkan menjadi warden tu. he.he.

Pada semua anak2 intesaber ; puteri khusus ... mama ucapkan terima kasih atas segala kerjasama kalian selama ini. maaf atas kekurangan dan kelemahan mama selama menjadi wardeng kalian. meskipun mama dan berehat .. kalian tetap dihati!!!! Mama sayangggggg kalian semua. Nak minta tolooong ? boleh jeeer ...

Kepada semua para WARDEN ....
Syabas , TERIMA KASIH atas bakti budi yang tercurah. Tiada ganjaran dunia dapat mengmbil alih KEIKHLASAN kalian menjaga dan mendidik anak2 di asrama tu. Kalianlah MAMA, IBU, UMMI, MAK. Kalian jugalah BAPAK, DADDY, ABAH dan AYAH kepada mereka. Moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang dicurah. Amiin.

Selamat menjalani ibadah puasa dari ustaz, mama dan anak2 di umah ni. Kami baru berkemas nak balik kampung di BANTING tengahari ni. Lusa Ahad kena balik semula sebab kakak Maryam Husna ada kelas tambahan UPSR ( harap dapat maintainkan 5A seperti dalam trial baru niii ya kak!!! ) Ustaz sendiri ada exam PTK hari selasa depan. Doakan result exam dapat 4 ya!!! Dapat 4 .. naiklah cikit gaji tu. Haaa.. pas tu bolehlah ustaz belanja semua. tapi bayar diri ya !!! hu.hu.

Thursday, August 20, 2009

Hadis Tsulasa' : Renungan Ramadhan oleh Imam As Syahid Hassan Al Banna


Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik: assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.
Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.
Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun. Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt. — pen.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini. Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. “Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”
Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185) Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut. “Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah: 185) Kemudian, lihatlah wahai Akhi, dampak dari semua ini. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas.
Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah
Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an. Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah, “Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.” (Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun, “Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.” (Al-Mukminun: 84-90)
Allah swt. juga berfirman di surat yang sama, “Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman, “Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Az-Zalzalah: 1-8)
Allah swt. berfirman, “Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (At-Takatsur: 1-4) Wahai Akhi, ayat-ayat mi menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah
Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”“…diwajib-kan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.” (Al-Baqarah: 183) “…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” (Nuh: 10) Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah. (Al-Baqarah: 43)

3. Pengaturan Akhlak
Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt. “Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.” (Asy-Syams: 7-8) “…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11) “Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 19-24) Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras. “Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).” (Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas dan gamblang. “Seperempat Juz Khamr” yang diawali dengan “Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi” (Al-Baqarah: 219), mengandung lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Dicatat oleh Fateh Al Qarni di 15:23

Tuesday, August 18, 2009

kuiz mu'jam feel siri 4

Kita teruskan siri latihtubi dan gerak gempur bahasa arab ini dengan kata kerja berikut . Seperti sebelum ini klik pada ulasan dan jawab dengan menggunakan tulisan rumi sahaja . cth ;
31. bermain 32. bersukan 33. makan dan seterusnya .




Kepada semua calon bahasa arab PMR dan bahasa arab tinggi SPM diharap dapat menggunakan medan ini untuk memperkukuhkan perbendaharaan kata @ tharwah lughawiyyah masing2 bagi menghadapi peperiksaan kelak.

Selamat mencuba ; terus cemerlang bersama arab2u.blogspot.com

Tsunami vs blog





Tsunami dan blog memang rapat perkaitannya. Hanya 1 `klik`, kesannya amat dahsyat dan parutnya sukar untuk dipulihkan. Ringkasnya Tsunami terjadi apabila berlaku tiga peristiwa di dasar/kawasan lautan. Iaitu, gempa bumi (aktiviti sesar), letusan gunung berapi berskala besar dan hentaman meteorit. 1 `klik` yang saya maksudkan adalah, hanya dengan 1 gempa, hanya dengan 1 letusan atau hanya dengan 1 hentaman, proses Tsunami akan berlaku yang akhirnya membawa kemusnahan sekitar.
Demikian juga blog, hanya dengan 1 klik (publish post) maka akan terpaparlah hasil tulisan seseorang. Tulisan yang bakal mencorakkan negara, hatta seantero dunia. Yang menarik, liputannya bukan sahaja di Acheh, Phuket dan Jepun tapi seluruh dunia! Selagi internet boleh diakses. Siapakah yang lebih kuat impaknya, Tsunami atau blog? Semuanya bergantung kepada sejauh mana ketajaman pena seseorang. Jika pena itu dipegang oleh seorang penulis yang hebat, saya percaya ia boleh mendatangkan kesan yang amat luar biasa dan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami!Bezanya cuma, kesan penulisan itu boleh ke arah kebaikan dan boleh juga ke arah kehancuran sesebuah peradaban.
Justeru, dalam era IT yang sedang berjalan ini marilah bersama-sama kita menguasai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Maklumat kini di hujung jari, begitulah yang selalu kita dengar. Barangsiapa yang menguasai teknologi ini, ia akan menguasai maklumat. Dan, barangsiapa yang menguasai maklumat, tidak mustahil ia akan menguasai dunia!


Artikel dipetik dari blog GMC. maklumat lanjut kunjungi blog bekas anak didik dari Sabah ini ;
http://geomotivator.blogspot.com/

Internet-Dunia Kering Iman?


Maaflah kerana anak murid Ustaz Amir seorang ni tumpang menulis di blognya...Jangan marah peminat setia ustaz ^_^

Saya agak terkejut dengan Surat Terbuka Ustaz Amir baru-baru ini,tambah terkejut blog yang dimaksudkannya mendapat rank ke-3 dengan keyword sbpisb di Google!

Menambah rencah cerita,kerajaan tidak berhasrat meneruskan pelaksanaan tapisan terhadap internet.

Bukan Tak Berkesan,Tapi...
China,antara negara yang mengorak langkah membuat tapisan di internet.Namun hasilnya masih jauh dari apa yang diharap.
Tuan Norizan melontarkan pandangannya seperti berikut...
Internet BERBEZA dengan penyiaran dan percetakan. Kedua-dua media ini bersifat massa dan oleh itu ia dapat dikawal.

Bagaimanapun, internet tidak begitu. Internet adalah media yang bersifat PERIBADI. Elemen "personalization" itulah yang menjadikan internet menarik. Pengguna internet bukan sahaja menerima kandungan, tetapi juga mencipta kandungan tersebut.

Dalam dunia internet, penyedia dan pengguna kandungan adalah orang yang sama. Dalam media penyiaran dan percetakan, garis pemisah antara penyedia kandungan dan pengguna kandungan adalah jelas.
Kita memerlukan mekanisma lebih tepat berbanding tapisan.Namun solusinya masih menemui jalan buntu.

Harapkan Iman,Iman Tak Mantop Lagi
Ya,kerajaan selaku pemerintah berkuasa menggubal undang-undang pencegahan yang bersesuaian.Namun,hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati hamba-hambanya...

Jangan memberi alasan iman senipis kulit bawang,kiranya kita culas beribadah kepada Allah! Ingatan ini buat diri si penulis jua...because to err is human,nobody is perfect,except Muhammad S.A.W.

Jangan salahkan cikgu sahaja kalau tak pandai ajar pelajar guna internet,bila cikgu bercakap kita pun main-main di belakang.

Jangan salahkan ibu bapa semberono,lupakah anda pengorbanan mereka membesar anda sehingga menjadi sebesar-besar makhluk Allah la ni?

Sebagai makhluk Allah yang sempurna,bukankah kita diberi pilihan bak kata nasyid ini...

Sabda Junjungan Buat Ingatan
Dalam beriring nikmat internet,dunia perkongsian maklumat tanpa batasan,1400 tahun lalu Nabi telah memberi peringatan
“Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)[Hadith riwayat Ahmad]

Monday, August 17, 2009

Kes yang lebih MENARIK?

Assalamualaikum .. pada semua pengunjung.

Sebenarnya ustaz baru je sampai dari ganu petang ni kerana ada urusan keluarga. Sebaik sahaja sampai ust dapat call dari sahabat mengingatkan ustaz adanya pengajian 2 minggu sekali di masjid sg apung malam ni. Alhamdulillah dgn kehendak dan izinNya dapat juga akhirnya ustaz menunaikan hajat sahabat ustaz tu walaupun penat memandu jauh tu amat terasa. maklumlah dah nak masuk 40 niiii ... urat sana sini dah tak berapa comel lagi. Selesai Isyak terus dapat undangan jemputan kenduri arwah.

Malam ni ustaz ingin berkongsi satu perkara berkaitan ... APA YANG MENARIK pada seseorang terhadap sesuatu perkara? Rupa paras, reka bentuk, kualiti, jenama, kuasa, $ , darjat dan kedudukan, nama, glamor atau apa sebenarnya? Mengapa kekadang satu perkara yang sangat penting pada kita tidak memberi apa2 makna atau tiada DAYA TARIKAN pada orang lain?

Ustaz balik tganu kerana keluarga di sana ditimpa musibah atau insiden yang memaksa kami adik beradik balik berkumpul untuk mencari kesepakatan dan jalan keluar. Setelah beberapa kali rumah chik ( panggilan bagi ibu mertua ustaz) dinaiki pencuri, inilah kali pertama kami terpaksa membuat laporan polis. Ini kerana kejadian terkhir baru2 ini menyebabkan ibu dan adik ipar ustaz dalam ketakutan kerana pencuri bertopeng tu turut membawa bersamanya pisau dan parang . Adik ustaz yang terpaksa bergelut dengan pencuri yang bersenjata nyata benar2 dalam trauma akibat insiden tersebut walaupun hanya hpone yang sempat diambilnya. Ylah bukan soal hphone tuu ... tapi NYAWA!!! Pendek citer dah tak sanggup tinggal di rumah tu, sedangkan ibu tak mahu berpindah kerana sayangkan rumahnya. Setelah laporan polis dibuat.. selang beberapa hari dikhabarkan adanya tangkapan dibuat berkaitan kes tersebut. Tak cukup dengan itu, timbul ugutan dari keluarga terbabit kerana tak puas hati dengan tindakan pihak kami membuat laporan polis. hmm.. bukannya nak minta maaf atas perlakuan anaknya tapi mengugut pulak tu! Panggil pulak "geng" nak gertak keluarga kami. manalah tak kecut ibu dan adik kami tu.

Usaha mengesan gagal kerana barang kes yang diserahkan tidak cukup kukuh. cap jari tidak dapat dikesan kerana peralatan yang ada tidak mampu mengesannya. senang citer tak berapa canggih. Yang canggih ada di IPP negeri atau nak canggih lagi di bukit aman!!! Apa yang menariknya tentang citer ni...bilamana kes dirujuk semula kepada pihak polis jawapan yang kami terima ringkas tapi bermakna. Kes ni akan disiasat mengikut prosedur biasa tapi kalau sesuatu kes ni MENARIK mungkin boleh dipercepatkan. Ustaz yang mendengar citer dari abang ipar timbul pelbagai rasa dalam hati.

Ni lah mungkin lumrah hidup dunia. Oleh kerana kita orang biasa atau kebanyakkan, bukan tokoh politik, bukan selebriti, bukan orang ternama maka nyawa kita yang terancam bukanlah sesuatu yang MENARIK PERHATIAN pihak berwajib. Ustaz tak salahkan pesepsi mereka sebab memang kita sedar...berpuluh kes malah mungkin beratus kes mereka kena hadapi setiap hari seprti yang kami lalui. Mungkin kes seperti ini bukan KEUTAMAAN pada mereka tapi bagi kami yang terpaksa memindahkan ibu dan adik keluar dari rumah kerana dah rasa terancam dan tidak selamat di situ merasa AMAT KERDIL kerana kami ORANG BIASA bukan golongan bangsawan , hartawan, usahawan atau kenamaan yang mampu MENARIK PERHATIAN mereka untuk SEGERA BERTINDAK. Teringat ustaz satu panggilan di radio IKIM berkaitan isu H1N1. Katanya .. di Malaysia ni kalau belum ahli politik atau orang kenamaan yang ditimpa musibah semuanya OK tapi kalau dah kena pada mereka barulah TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL!!!

FIKIR-FIKIRKANLAH ......


*** Tapi yang benar2 menarik , kami disaman trafik kerana memandu melebihi had laju di LPT berhampiran gambang ( maklumlah naik innova..140 tak rasa apa lagi!!! ) apa idaknya.. nak hantar abang ipar di Bangi lepas tu kena bekejar nak ambik kak Maryam Husna yang kami terpaksa tinggalkan bersama cikgunya di sabak kerana ada tuisyen UPSR . sabor je lah ...

Friday, August 14, 2009

SURAT TERBUKA

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung.

Sebagai pembuka bicara, ustaz ingin memohon kemaafan secara terbuka kepada pemilik blog berikut http://shadowoftheworld7.blogspot.com/ jika terdapat kekasaran bahasa dalam membuat teguran semalam hingga membawa kepada penutupan atau seumpamanya sepertimana tertera di bawah . Apa yang pasti... ustaz gagal untuk menghubungi atau berkunjung kembali ke blog tersebut. Ustaz tidak bermaksud demikian cuma mungkin cara ustaz yang terlalu berterus terang menyebabkan pemilik rasa "terganggu" lalu " melarikan diri agar tidak dapat dikesan " .

Sebagai gambaran sebenar, ustaz dijemput berkunjung ke blog tersebut. Dengan rasa berbesar hati ustaz telah berkunjunglah. Apa yang ustaz dapati ... satu catatan peribadi yang tiada bernama. Tiada pengenalan diri yang dapat dirujuk. Rasa tidakpuashati kepada guru2 yang "tidak pandai mengajar " yang diluahkan secara terbuka tanpa rasa bersalah. Penghinaan terbuka kepada sekolah dengan pelbagai gelaran.

Maka ustaz tinggalkan beberapa pesanan antaranya ;

" tidak salah kamu meluahkan rasa tidak puas hati kerana semua orang berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan tambahan dalam blog sendiri seumpama ini"

" Bersyukur dengan segala kurniaan Allah dan gunakan peluang untuk memperbaiki dan memajukan diri " serta satu lagi teguran yang agak mendalam maksudnya yang mungkin menyebabkan pemilik blog terus bertindak menutup kedai untuk ustaz.


Ingat apa antara perkara ustaz ajar dan didik kamu semua????


1. SETIAP TINDAKAN KITA DIPERHATI DAN DIAWASI OLEH PEMILIK ALAM INI, OLEH PENGAWAL PERIBADI KITA IAITU MALAIKAT WALAU DIMANA KITA BERADA. ALLAH YANG MAHA BERKUASA, MAHA HEBAT yang tiada tandingan dengan segala macam ilmu miliki hambaNYA . Sebagai hamba... jangan lah kira merasa TERLALU HEBAT dengan sedikit ilmu yang dikurnia Allah !!!

2. BERANI BERTANGGUNJAWAB DENGAN APA SAHAJA KEPUTUSAN DAN TINDAKAN YANG KITA AMBIL. KALAU SALAH MENGAKU DAN PERBAIKI KEMBALI.

3. KERJA KERAS DAN GIGIH UNTUK MEMAJU DAN PERBAIKI KUALITI DIRI DENGAN PELBAGAI KEMAHIRAN DAN PENGETHAUAN . TIADA MANUSIA BOLEH UBAH KITA MELAINKAN DIRI SENDIRI DENGAN IZIN ALLAH.

4. CARA KITA BERFIKIR AKAN MENENTUKAN HASIL TINDAKAN KITA. BAIK DAN POSITIF MAKA BAIKLAH HASIL TINDAKAN KITA BEGITU JUGA SEBALIKNYA. LIHAT SEMUA PERKARA DI SUDUT POSITIF DAN AMBIL KEBAIKAN DARINYA. JANGAN HANYA MELIHAT KELEMAHAN ORANG LAIN TANPA MAHU BERMUHASABAH DAN MELIHAT KEKURANGAN DIRI SENDIRI. NANTI KITA MENJADI SEORANG YANG SOMBONG.

Pendekkan cerita ... pemilik telah melakukan kesilapan yang mungkin dia tidak sedari. Tak pasti samada dia mengakui kesilapannya atau selepas ini akan menjadi blog ustaz sebagai medan sasaran untuk "BERTARUNG ". Ustaz harap ini tidak berlaku ...

Pada ustaz, usia kamu masih terlalu muda (salah seorang generasi Y yang ustaz perkatakan sebelum ini ) . banyak pengalaman dan jalan belum kamu lalui. Di depan kamu menanti seribu satu ranjau yang bersedia mengheret kamu ke lembah kebinasaan. samada disedari atau tidak. Siapa kamu ingin jadikan panduan? QURAN HADIS ? RAKAN SEBAYA? GURU YANG TIDAK PANDAI MENGAJAR? IBUBAPA ? atau IKUT SUKA HATI AKULAH?

Sering ustaz perkatakan .. ustaz tiada wang ringgit atau emas dan dirham untuk diagihkan kepada setiap anak murid ustaz. Hanya ILMU dan NILAI AKHLAK yang dapat dibekalkan sebagai warisan harta untuk dibawa kemana shj kamu pergi selepas tamat sekolah ini. Iti pun jika kamu sudi menyambutnya dan mengamalkannya!!

Lihat sekeliling kamu !!!!!!!!!!! lihat dan perhatikan abang2 dan kakak2 bekas pelajar SBPISB atau mana2 sekolah agama atau apa sahaja nama sekolah kamu. Bagaimana mereka? Siapa ikutan mereka? apa perubahan mereka? apa kesudahan mereka? Adakah lebih baik? bertambah teruk ? berjaya ? HANCUR ?

Walau apa sekalipun perubahan mereka hari ini .... apa yang pasti ;

1. SETIAP PERLAKUAN MEREKA TIDAK TERLEPAS DARI PERTIMBANGAN ALLAH UNTUK DIHADAPKAN DI HARI PERHITUNGAN KELAK

2. SETIAP DARI MEREKA KELAK AKAN MATI DENGAN HANYA MEMBAWA AMALAN MEREKA dengan meninggalakn segala macam bentuk fahaman pemikiran, harta benda dan apajua kebanggaan yang mereka milki hari ini. MATI datang sekelip mata tanpa diundang dan tanpa ada sesiapa yang menyedarinya !!!

Kepada anak2 didik yang merasakan bebas untuk berbuat apa sahaja kerana hari ini adalah zaman tiada sempadan, zaman bebas bersuara , tiada siapa berhak untuk menghalang apa sahaja tindakan kamu INGATLAH ... akhirnya kamu akan TERHALANG OLEH SEMPADAN KEMATIAN, TERPENJARA DALAM TANAH selebar kekangkang kera!!!!

Jika kamu fikir SBPISB ini bagai SEKOLAH BANDUAN PENJARA INTERNATIONAL , GURU TAK PANDAI MENGAJAR, ramai pelajar ingin keluar meninggalkan sekolah ... silalah uruskan segera permohonan kamu untuk keluar penjara ini. Kami guru2 di SBPISB akan sentiasa dan terus mengajar, mendidik mereka yang tahu menghargai , ingin belajar dan diajar tanpa mengharapkan apa2 pemberian dan balasan dari kamu . DI MANA2 ADA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN kerana kita tidak bersifat sempurna. LIHAT KELEMAHAN cth guru tak pandai mengajar sebagai ruang untuk kita mempelajari sesuatu yang baru ( cth bagaimana nak belajar sendiri spt Nik Madhiha ), perbaiki dan buat penambahbaikan dalam diri sendiri. Buka hanya penghentam, kondem ikut suka, sebar2 merata2 lepas tu tak berani bertanggungjawab!!!

Sehebat mana ilmu dan kecanggihan manusia hari ini, terlalu banyak KELEMAHAN disisi ALLAH !!! Bak kata pepatah melayu ; sepandai2 tupai melompat .. akhirnya jatuh ke tanah ; sepandai2 kamu menghilangkan jejak, akhirnya kamu akan masuk ke sekolah banduan penjara international JUGA .....

Sekali lagi ... maafkan ustaz atas bicara hati ini. Ustaz sentiasa memaafkan segala apa pun kesalahan dan kesilapan kamu kerana ustaz percaya .... kamu akan belajar dari kesilapan kamu ini .

Thursday, August 13, 2009

Kuiz Mu'jam Kalimah siri 5

Assalamualaikum kepada para pengunjung budiman, khususnya para calon PMR bahasa Arab 2009 . Perhatikan kalimah yang terpapar dalam siri mujam kalimah di bawah ini. Ia dapat membantu kamu menjawab pelbagai soalan dalam peperiksaan kelak. Cubalah jawab dengan daya usaha kamu sendiri ....

Selamat mencuba !!!

Kuiz Mu'jam Feel siri 3

Kita lanjutkan gerak gempur Bahasa Arab kita dengan memberikan penekanan khusus kepada pengayaan kalimah sebagai persersediaan menghadapi imtihan PMR yang bakal menjelma. Klik pada ulasan di atas untuk anda menjawabnya . Contoh 21. memburu , 22. berenang .....



Teruskan kecemerlangan anda bersama ; arab2u.blogspot.com

Wednesday, August 12, 2009

Post mortem Bahasa Arab Tinggi1 SPM

Perhatikan kalimah2 seerti dan berlawan yang pernah keluar dalam soalan Bahasa Arab Tinggi SPM kertas 1 ...



Buat analisa sendiri untuk menjangkakan kalimah yang bakal keluar kelak ..




Selamat berjuang ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails